Al-A’raaf (7) : 65

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "


TAFSIR 1
Allah swt berfirman, (Sebagaimana Kami mengutus Nabi Nuh kepada kaum Nuh, Kami juga mengutus saudaranya Hud kepada kaum Ad). Muhammad bin Ishaq berkata, "Mereka adalah keturunan Ad bin Irm bin Aush bin Sam bin Nuh." Menurut penulis, mereka adalah Ad yang pertama, Ad yang disebut oleh Allah. Mereka adalah keturunan Ad bin Irm yang membangun tiang-tiang di bumi. Seperti firman-Nya sebagai berikut. (Tidakkah engkau (Muhammad) memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap (kaum) Ad? (iaitu) penduduk Iram (ibu kota kaum Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain.) (QS Al-Fajr, 89: 6-8) Tempat mereka berada adalah di Yaman, di daerah Ahqaf, sebuah tempat gunung pasir. Muhammad bin Ishaq meriwayatkan dari Abu At-Thafil Amir bin Watsilah bahawa dia mendengar Ali r.a berkata kepada orang Hadramaut, "Apakah kamu melihat bukit pasir merah yang bercampur dengan tanah liat merah, memiliki pohon bidara yang banyak di Sisi begini dan begitu di daerah Hadramaut. Apakah kamu melihatnya?" Dia menjawab, "Ya wahai Amirul Mukminin!" Ali berkata, "Demi Allah, sesungguhnya kamu bernasib baik telah melihatnya." Dia berkata, "Tidak, aku hanya menceritakannya." Orang Hadramaut itu berkata, "Ada apa dengan tempat itu, wahai Amirul Mukminin?" Ali berkata, "Di situ terletak kuburan Nabi Hud a.s" Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir.
Rujukan: 1999: 386 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Dalam ayat ini Allah berfirman, "Dan Kami telah utus (Kepada kaum Ad saudara mereka Hud) ini Kerana Nabi Hud nasabnya bertemu dengan Nabi Nuh. Kemudian Nabi Hud berkata kepada mereka, "Wahai kaum, sembahlah Allah dan hanya kepada Dia kalian mesti menyembah, jangan menjadikan tuhan selain Dia kerana tidak ada lagi Tuhan selain Dia (Maka mengapa kamu tidak bertakwa?) kepada Tuhan kalian, agar kalian sentiasa waspada terhadap-Nya dan takut kepada seksaan-Nya ketika kalian menyembah selain-Nya padahal Dia yang telah menciptakan kalian dan memberikan rezeki kepada kalian?"
Rujukan: 2001: 264 (Tafsir al-Tabari)