Al-A’raaf (7) : 90

وَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَئِنِ اتَّبَعْتُمْ شُعَيْبًا إِنَّكُمْ إِذًا لَخَاسِرُونَ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".


TAFSIR
Allah swt menggambarkan tentang bagaimana kekafiran, pembangkangan, kesombongan dan segala kezaliman serta tabiat hati para pemuka kaum Syu'aib yang condong untuk menentang kebenaran. Mereka berkata kepada kaumnya, (Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu'aib, tentu kamu menjadi orang-orang yang rugi). Sampai akhirnya mereka ditimpa seksaan, (Lalu datanglah gempa menimpa mereka dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka)). Ketika mereka ditimpa seksa Allah, Dia menggambarkan seakan-akan mereka tidak tinggal di sana, Kemudian Allah berfirman menjawab perkataan mereka (Mereka yang mendustakan Syu'aib, itulah orang-orang yang rugi) Allah swt mengkhabarkan bahawa mereka ditimpa gempa bumi serta menyelamatkan Nabi Syu'aib dan para sahabatnya. Dan menjanjikan kebesaran kepada mereka, sebagaimana dikhabarkan dalam surah Hud firman-Nya, (Maka ketika keputusan Kami datang, Kami selamatkan Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamanya dengan rahmat Kami) (QS Hud, 11: 94) Nabi Syu'aib lantas meninggalkan mereka setelah mereka tertimpa azab, balasan dan seksaan dari Allah. Dan kemudian mencela mereka dengan berkata, (Wahai kaumku! Sungguh, aku telah menyampaikan amanat Tuhanku kepadamu dan aku telah menasihati kamu) iaitu aku telah melaksanakan tugasku sebagai utusan Allah kepada kalian, aku tidak bersedih atas apa yang menimpa kalian kerana mengingkari apa-apa yang telah aku berikan kepada kalian. Kerananya dikatakan, (Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang kafir?)
Rujukan: 1999: 392 (Tafsir Ibn Katsir)