Al-Baqarah (2) : 102

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.


TAFSIR 1
Sihir sebenarnya sudah ada sejak sebelum zaman Nabi Sulaiman. Disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa para ahli sihir menggunakan jasa syaitan untuk menebak apa yang akan terjadi. Syaitan pun naik ke atas langit untuk mendengarkan percakapan para malaikat tentang apa yang akan terjadi dimuka bumi. Setelah menghimpun informasi yang diinginkan, syaitan kembali ke bumi dan mengkhabarkan apa yang didapatkannya kepada ahli sihir. Pada masa Nabi Sulaiman, sihir menjadi hal yang biasa. Atas izin Allah swt, Nabi Sulaiman juga mempekerjakan para jin dan manusia untuk menjaga kerajaannya. Fenomena ini menjadi dalil sebagian kelompok yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman adalah ahli sihir. Mendengar kisah ini, Rasulullah saw membacakan ayat (Sulaiman itu tidak ka?r tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir). Para ulama berbeza pendapat tentang dua malaikat yang diturunkan di Babilonia bernama Harut dan Marut. Sebahagian berpendapat Harut dan Marut tidak mengajarkan sihir kepada umat manusia. Kaum Yahudi mengatakan, kedua malaikat yang dimaksud adalah Jibril dan Mikail. Keduanya mengajarkan sihir kepada umat manusia. Allah swt lalu menolak anggapan sesat mereka. Ayat ini sekaligus menjadi dalil bahawa hukum mempelajari dan mempraktiskan ilmu sihir adalah haram mutlak. Allah swt menegaskan, semua hal yang terjadi adalah ketentuan Allah swt. Kemaslahatan ataupun kemudaratan terjadi semata atas kehendak Allah swt.
Rujukan: 1999: 67-68 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Yang dimaksud penggalan ayat (Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan) adalah sekelompok pendeta dan rahib Yahudi. Mereka adalah orang-orang yang Allah sifati dengan orang-orang yang telah mengganti kitab Allah yang diturunkan kepada Musa a.s. Dalam sebuah hadis yang panjang, Imam As-Sadi meriwayatkan, bahawa syaitan-syaitan duduk untuk mendengarkan khabar ghaib dari ucapan para malaikat. Apa yang mereka dengar disampaikan kepada para dukun-dukun namun syaitan-syaitan tersebut mendustakan kabar tersebut. Mereka menambahi, membumbui sehingga satu kalimat menjadi tujuh puluh kalimat. Kemudian, pada masa Sulaiman, dia mengutus supaya orang-orang mahu mengumpulkan tentang khabar-khabar itu dan menjadikannya berada dalam sebuah kotak dan dikuburnya di bawah kerusinya. Tidak ada satu pun syaitan yang mampu membukanya bahkan mendekatinya sekalipun. Dikatakan ketika di antara mereka berusaha membukanya maka akan terbakar, Sulaiman berkata, aku tidak mahu mendengar ada seorang pun menyebut bahawa syaitan itu tahu hal-hal ghaib, terkecuali akan penggal lehernya. Tatkala Sulaiman sudah meninggal masa berganti masa, para ulama yang tahu urusan Sulaiman ini juga sudah tiada, syaitan mulai menampakkan wujudnya sebagai manusia dan menyuruh manusia membongkar kursi singgahsana Sulaiman, menggali dan membuka kotak catatan khabar langit yang ada di dalamnya. Kemudian mereka katakan kepada orang-orang, dengan inilah manusia-manusia, syaitan dan burung-burung dikekang melalui sihir ini sehingga beredarlah di kalangan manusia bahawa Sulaiman itu adalah seorang tukang sihir. Bani Israil menjadikan kitab itu sebagai kitab suci mereka dan Muhammadlah satu-satunya yang memusuhi kitab itu. lntinya adalah ayat ini berbicara tentang penghinaan Allah terhadap para pendeta Yahudi. Mereka mengetahui dan meyakini bahawa Rasulullah saw adalah benar utusan Allah dan mereka mengakui bahawa mereka dan para pendahulunya hanya mengikuti apa yang dibacakan syaitan-syaitan tentang Sulaiman.
Rujukan: 2001: 313-318 (Tafsir al-Tabari)