Al-A’raaf (7) : 204
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abu Hurairah dan dari Ibnu Mas'ud bahawasanya ayat ini turun ketika seseorang bercakap-cakap dengan suara keras di belakang Rasulullah yang tengah melaksanakan solat. Ayat ini menegaskan agar jika dibacakan Al-Quran, hendaklah diperhatikan dan didengarkan. Diriwayatkan dari Az-Zuhri, dia berkata bahawa ayat ini turun berkaitan dengan seorang pemuda kaum ansar yang setiap kali Rasulullah saw membaca sesuatu, dia mengikuti mengucapkan bacaan itu. Said bin Mansur berkata dalam Sunannya "Muhammad bin Kaab berkata 'Orang-orang menyahuti bacaan Rasulullah. Jika beliau membaca sesuatu, mereka ikut membaca bersamanya sehingga turunlah ayat ini."'
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)