Al-Anfaal (8) : 53
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
HADISNYA
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, dia berkata Rasulullah saw mengutus Umar untuk menarik zakat. Lalu dikatakan bahawa Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan Abbas, paman Nabi saw enggan mengeluarkan zakat. Lalu Rasulullah saw bersabda "Penolakan Ibnu Jamil tidak lain hanyalah pengingkaran terhadap nikmat, dahulu dia melarat, Ialu Allah menjadikannya kaya. Adapun Khalid, maka kalianlah yang menganiaya Khalid. Dia telah mewakafkan besi dan peralatan perangnya pada jalan Allah. Sedangkan Abbas, maka zakatnya menjadi tanggunganku begitu pula zakat semisalnya." Kemudian, beliau bersabda "Hai Umat tidakkah engkau merasa bahawa paman seseorang itu mewakili ayahnya?"
No Hadis: 1634
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)