At-Taubah (9) : 84
وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Umar, Anas dan Jabir. Ayat ini turun ketika Abdullah bin Ubay bin Salul meninggal dunia. Kemudian anaknya datang meminta kepada Rasulullah agar gamis beliau dijadikan kain kafan baginya. Rasulullah pun memberikannya. Lalu anaknya meminta beliau untuk mensolatkan jenazahnya. Rasulullah pun bersedia mensolatkannya. Sebelum itu, Umar bin Al Khathab mengingatkan beliau agar tidak mensolatkan orang munafik tetapi beliau berharap dosanya akan diampuni. Kemudian turunlah ayat ini sebagai peringatan agar tidak mensolatkan orang munafik.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)