At-Taubah (9) : 84

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).


TAFSIR 1
Allah swt memerintahkan Rasulullah saw untuk melepaskan tanggungjawab dari orang-orang munafik iaitu agar tidak mensolatkan salah seorang di antara mereka yang meninggal dunia dan tidak berdiri di kuburannya untuk memohonkan ampun dan mendoakannya. Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa ketika Abdullah bin Ubay meninggal dunia, anak dari Abdullah bin Ubay iaitu Abdullah bin Abdullah datang kepada Rasulullah saw seraya ia meminta jubah beliau untuk dijadikan kafan untuk ayahnya. Beliau pun memberikannya. Abdullah lalu meminta beliau mensolatkan ayahnya. Beliau pun berdiri mensolatkannya. Seketika Umar memegang baju Rasulullah seraya berkata, "Wahai Rasululiah, engkau hendak mensolatkannya padahal Tuhanmu melarangmu untuk mensolatkannya?" Beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah swt memberikan pilihan kepadaku lalu beliau membaca firman Allah, ((Sama saja) engkau (Muhammad) memohonkan ampunan bagi mereka atau tidak memohonkan ampunan bagi mereka. Walaupun engkau memohonkan ampunan bagi mereka tujuh puluh kali, Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, maka aku akan memohonkannya ampun lebih dari tujuh puluh kali) Umar menjelaskan, "Dia (Abdullah bin Ubay) itu munafik." Beliau pun mensolatkan jenazah Abdullah bin Ubay, lalu Allah menurunkan ayat ini. Setelah itu, beliau tidak pernah mensolatkan jenazah orang munafik dan tidak pernah mendoakannya di kuburannya sehingga beliau wafat.
Rujukan: 1999: 466 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Maksud dari ayat tersebut adalah bahawa Allah berfirman kepada Nabi Muhammad saw, "Wahai Muhammad, janganlah kamu sekali-kali solat atas seorang yang mati di antara orang munafik yang tidak mahu berangkat berperang bersamamu. Janganlah kamu mengurus pemakamannya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan keluar dari Islam juga meninggalkan perintah dan larangan Allah." Ayat ini turun ketika Nabi saw mensolati jenazah Abdullah bin Ubay. Adapun riwayatnya sebagai berikut. Dari Ibnu Umar r.a, ia mengatakan bahawa ketika Abdullah bin Ubay wafat, anaknya datang kepada Nabi saw dan berkata, "Ya Rasulullah, berikanlah jubahrnu kepadaku untuk mengafaninya. Solatkanlah dan mohonkan ampunan untuknya." Lalu Nabi memberikan jubahnya seraya bersabda, 'Jika selesai, beritahukanlah kepadaku agar aku solati. " Lalu ia memberitahukan kepada beliau. Ketika beliau hendak mensolatinya, Umar bin Al-Khatab r.a menarik beliau seraya berkata, "Bukankah Allah melarang engkau mensolati orang-orang munafik?" Beliau bersabda, "Aku di antara dua pilihan, iaitu Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 80 ((Sama saja) engkau (Muhammad) memohonkan ampunan)." Kemudian beliau bersabda, "Aku akan menambah lebih dari tujuh puluh kali." Ibnu Umar berkata, "Lalu beliau mensolatinya dan kami pun solat bersama beliau." Maka, turunlah ayat ini, maka beliau tidak lagi mensolati mereka.
Rujukan: 2001: 610-615 (Tafsir al-Tabari)