Al-Baqarah (2) : 125
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
ASBAB 1
Berkenaan dengan ayat ini, Imam Bukhari dan yang Iainnya meriwayatkan bahawa Umar berkata, "Keinginanku sesuai dan dikabulkan oleh Allah dalam tiga hal." Salah satu diantaranya adalah dia berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, alangkah sangat ingin aku menjadikan maqam Ibrahim ini sebagai tempat solat." Kemudian, turunlah ayat ini. Di tempat Iain, lbnu Mirdawaih meriwayatkan dari Amru bin Maimun bahawa ketika Umar bin AI-Khathab berjalan melewati maqam Ibrahim, dia bertanya kepada Rasulullah, ?Wahai Rasulullah, bukankah kita berada di atas maqam kekasih Allah?? Rasulullah bersabda, "Benar" Lalu, dia bertanya, ?Apakah tempat itu dijadikan sebagai tempat solat?? Tidak begitu lama, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)