Al-Baqarah (2) : 142
سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
HADISNYA
Ibnu Abbas r.a berkata "Ketika Nabi Muhammad saw masuk ke Baitullah, beliau berdoa pada seluruh arah dan beliau tidak solat sampai beliau keluar darinya. Setelah keluar, beliau melakukan solat dua rakaat di arah Kaabah dan bersabda Inilah kiblat itu".
No Hadis: 222
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)