Al-Baqarah (2) : 154
وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لَا تَشْعُرُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah dari Suddi Shagir, bahawa Ibnu Abbas berkata, ?Bahawasanya ayat ini turun berkenaan dengan terbunuhnya Tamim dan lainnya di Perang Badar.? Kendati menurut Abu Nuaim dan diperkuat oleh Saddi, bahawa ayat ini turun berkaitan dengan terbunuhnya seorang sahabat dan yang dimaksudkan adalah Umair bin Al-Hamam.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)