Yusuf (12) : 84

وَتَوَلَّى عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَى عَلَى يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ

Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.


TAFSIR 1
Firman Allah (Dan dia (Yaaqub) berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata, ?Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf?). Kesedihan atas kehilangan dua anaknya kali ini memperbarui kesedihan lama yang sudah terpendam. Abdul Razzaq meriwayatkan dari Sufyan Al-Ushfuri bahawa Said bin Jubair berkata, "Kalimat istirja' tidak diberikan kepada siapa pun kecuali kepada umat ini. Apakah kamu tidak mendengar perkataan Yaaqub, (Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf) Maksud firman Allah swt, (Dan kedua matanya menjadi putih kerana sedih. Dia diam menahan amarah (terhadap anak-anaknya)) adalah ia diam dan tidak mengadukan perkaranya kepada makhluk. Demikian pendapat Qatadah dan lainnya. Ad-Dhahhak mengatakan, "la menahan amarahnya dan merasa sedih yang mendalam." Mendengar itu, hati anak-anaknya menjadi hiba.
Rujukan: 1999: 532 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Maksud firman-Nya dia (Yaaqub) berpaling dari mereka (anak-anaknya)) yakni Yaaqub menghindar dari mereka seraya berkata, (Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf) Maka Allah berfirman, (Dan kedua matanya menjadi putih kerana sedih. Dia diam menahan amarah (terhadap) anak-anaknya) kerana sangat sedih. Berikut pentafsiran para ahli takwil Iainnya. Ibnu Ishaq menjelaskan firman-Nya, dia (Yaaqub) berpaling dari mereka (anak-anaknya)) yakni Yaaqub menghindar dari mereka, memuncak rasa sedihnya dan melemah daya tahan tubuhnya. Terlebih ketika Yusuf ditemui saudara-saudaranya. Kemudian Yaaqub berkata (?Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf? dan kedua matanya menjadi putih kerana sedih. Dia diam menahan amarah (terhadap anak-anaknya)) Qatadah menjelaskan firman-Nya, (Dan kedua matanya menjadi putih kerana sedih. Dia diam menahan amarah (terhadap anak-anaknya)) yakni dia menahan rasa amarahnya kerana terhalang oleh rasa sedih sehingga tidak berucap melainkan perkataan yang baik saja.
Rujukan: 2001: 293-298 (Tafsir al-Tabari)