Ar-Ra’d (13) : 13

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.


ASBAB 1
Imam At-Thabrani dna yang lainnya meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas, dia berkata bahawa Arbad bin Qais dan Amir bin Thufail datang ke Madinah menghadap Rasulullah saw. Amir berkata ?Wahai Muhammad, apakah yang aku dapatkan jika aku mahu masuk Islam?? Beliau menjawab ?Apa yang kamu dapatkan akan sama dengan kaum muslimin lainnya.? Kemudian dia berkata lagi ?Apakah sepeninggalanmu aku akan diangkat menjadi pemimpin?? Beliau menjawab ?Itu bukanlah urusanmu dan juga bukan urusan kaummu.? Lantas keduanya pun keluar. Amir berkata kepada Arbad ?Aku akan memalingkan perhatian Muhammad ini terhadapmu dan pada saat itulah kamu penggal kepalanya.? Tidak berapa lama, kedua orang ini pun masuk kembali menemui Rasulullah. Kemudian Amir berkata ?Wahai Muhammad berdiri dan berbincanglah bersamaku.? Beliau pun berdiri dan berbincang dengannya. Sementara Arbad sudah menghunuskan pedang. Ketika pedang itu siap diayunkan, Rasulullah sempat menoleh dan melihatnya sehingga bias berpaling dan menghindari keduanya. Kedua orang ini pun keluar dan gagal melaksanakan niatnya. Ketika sampai di sebuah desa bernama Raqm, Allah mengirimkan petir dan membinasakannya. Kemudian Allah menurunkan ayat 13 ini. Dari Anas diriwayatkan bahawasanya ayat ini turun ketika Rasulullah mengutuskan seorang kepada salah seorang pembesar Arab yang kafir agar dia tunduk kepada Allah. Akan tetapi dia menolaknya dan bertanya ?Apakah Allah itu? Apakah dia terbuat dari besi, tembaga, perak atau emas?? Kemudian utusan itu kembali kepada Rasulullah dan mengadukan hal itu. Rasulullah lalu mengutus seseorang lagi kepadanya sehingga tiga kali. Akan tetapi pembesar Arab tadi tetap dalam pembangkangannya maka Allah mengirimkan petir yang menyambar kepala orang tersebut. Lalu turunlah ayat ini yang memperingatkan bahawa seksaan Allah sungguh dasyat. Imam At-Thabrani dan yang lainnya juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa orang-orang kafir Quraisy berkata kepada Rasulullah ?Jika benar apa yang kamu katakana, bangunkanlah kembali nenek moyang kami agar kami boleh berbincang-bincang dengan mereka.? Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)