Ar-Ra’d (13) : 13
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
TAFSIR 1
Imam Ahmad meriwayatkan, Ibrahim bin Saad meriwayatkan, ayahnya berkata "Suatu ketika aku duduk di samping Humaid bin Abdir Rahman dalam masjid. Lalu, seorang tua dari Bani Gaffar lewat. Humaid mengutus seseorang mengundang orang tua tersebut, setelah datang, Humaid berkata kepadaku, 'Wahai keponakanku, berilah tempat antara aku dan kamu. Sesungguhnya ia sahabat Nabi saw. Maka orang tua tersebut duduk diantara diriku dan Humaid. Humaid berkata kepadanya, sampaikanlah hadis Rasulullah saw kepadaku. la berkata, Aku mendengar dari salah seorang syeikh Bani Gaffar, ia mendengar Nabi saw bersabda sebagai berikut. "Sesungguhnya Allah swt menciptakan mendung lalu mendung berbicara dengan pembicaraan yang paling indah dan tertawa dengan tertawa yang paling indah. " (HR Ahmad) Maksud hadis tersebut, wallahu a?lam, bicaranya adalah suara yang mengguruh dan tawanya adalah kilat. Saad bin Ibrahim mengatakan, "Allah swt menurunkan hujan. Tidak ada tawa paling indah daripada tawanya dan tidak ada bicara paling bagus daripada bicaranya. Tawanya kilat dan bicaranya guruh." Imam Ahmad meriwayatkan, Salim meriwayatkan, ayahnya berkata ?Apabila mendengar guruh dan halilintar, Rasulullah saw membaca doa berikut. Allahumma la taqtulna bi-gadhabika, wa la tuhlikna biadzabika, wa afina qabla dzalik. "Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan amarah-Mu, janganlah Engkau membinasakan kami dengan azab-Mu dan selamatkanlah kami sebelum itu."? (HR Ahmad, Tirmidzi, Bukhari, Nasa'i dan Hakim).
Rujukan: 1999: 541-542 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud penggalan ayat (Dan guruh bertasbih memuji-Nya) Jaafar berkata, "Ketika Rasulullah mendengarkan suara guruh, beliau berdoa, 'Ya Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murka-Mu dan jangan Engkau binasakan kami dengan seksa-Mu dan selamatkan kami sebelum itu."' Guruh mengagungkan dan memuliakan Allah swt, memuja-Nya dengan sifat-sifat-Nya dan menyucikan-Nya dari gambaran-gambaran orang-orang musyrik yang mengatakan bahawa Tuhan memiliki pasangan dan anak. Allah Maha Tinggi dan Maha Suci. Para malaikat pun takut kepada Allah swt. Para ahli takwil berbeza pendapat berkenaan dengan apa ayat ini turun. Sebahagian ahli takwil berpendapat ayat ini turun berkenaan seorang kafir yang menyifati Allah swt dengan sifat yang tidak semestinya disandarkan kepada Allah swt. Lalu Allah swt pun mengirimkan petir. Sebahagian lain berpendapat ayat ini berkenaan seorang kafir yang mengingkari Al-Quran dan mendustakan Nabi saw. Sebahagian lain menyatakan ayat ini turun berkenaan Arbad, saudara Labid bin Rabiah, yang bersama Amir bin Ath Thufail ingin membunuh Rasulullah. Dan mereka yang terkena halilintar adalah mereka yang mendebat Rasulullah mengenai Allah swt.
Rujukan: 2001: 474-485 (Tafsir al-Tabari)