Al-Hijr (15) : 45

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.


ASBAB 1
Tsa'labi meriwayatkan dari Salman Al-Farisi bahawa ketika turun ayat 43 dan 44 yang menerangkan neraka Jahanam sebagai tempat yang dijanjikan bagi pengikut syaitan, hati Salman Al-Farisi serasa teriris-iris sehingga dia melarikan diri dari manusia hampir selama tiga hari berturut-turut. Kemudian dia diajak oleh seseorang untuk menghadap Rasulullah. Dia berkata kepada beliau "Wahai Rasulullah, sungguh telah turun ayat ancaman neraka Jahanam maka demi yang mengutusmu dengan benar, sungguh ayat itu telah memecah hatiku." Kemudian Allah menurunkan ayat ini yang menerangkan bahawa orang-orang yang bertakwa akan ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)