Al-Hijr (15) : 56
Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".
TAFSIR 1
Disebutkan bahawa Ibrahim merasa takut kepada mereka kerana mereka tidak mahu menyentuh makanan yang dihidangkan oleh Ibrahim kepada mereka iaitu daging anak lembu yang dipanggang. Ketika mereka melihat Ibrahim merasa takut, "Mereka berkata, Janganlah engkau merasa takut sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak lelaki (yang akan menjadi) orang yang pandai (Ishaq). "' Hal itu sebagaimana telah dijelaskan di dalam surah Hud. Mendengar berita tersebut, Nabi Ibrahim terkejut mengingat usia dia dan isterinya telah tua dan ia ingin memastikan berita gembira itu. Mereka memberikan jawapan untuk menguatkan khabar gembira yang mereka sampaikan kepada Ibrahim dalam ayat sebelum ayat ini sebagai berikut. (Mereka menjawab, "Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar maka janganlah engkau termasuk orang yang berputus asa." Dia (Ibrahim) berkata, Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat")
Rujukan: 1999: 567 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa tamu yang datang ke Ibrahim itu berkata, "Kami membawa khabar gembira untukmu dengan sesuatu yang pasti. Dalam pengetahuan kami, Allah akan menganugerahimu seorang anak lelaki maka janganlah kamu termasuk orang-orang putus asa dari keutamaan Allah. Bergembiralah dari khabar yang kami bawa ini." Di ayat selanjutnya Allah menegaskan (Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat)
Rujukan: 2001: 84-85 (Tafsir al-Tabari)