Al-Baqarah (2) : 186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Muawiyah bin Haidah bahawa suatu ketika seorang Arab dusun mendatngi Rasulullah saw dan bertanya kepadanya perihal sifat Allah, ?Apakah Allah itu dekat sehingga kami memohon kepada-Nya dengan berseru?? Lalu, turunlah ayat ini. Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Al-Hasan bercerita bahawa para sahabat-sahabat Rasulullah saw bertanya kepada beliau ?Dimanakah Tuhan kami itu?? lalu turunlah ayat ini. Hadis ini mursal tetapi ada hadis lain yang menguatkan.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)