An-Nahl (16) : 106
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, dia berkata "Ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah, orang-orang musyrik menyeksa Bilal bin Rabah, Khabab dan Ammar bin Yasir. Sementara Amar berusaha untuk mempertahankan diri dengan mengucapkan perkataan yang dikehendaki orang-orang kafir itu. Kemudian Amar menceritakan kepada Rasulullah dan dia ditanya 'Bagaimana hatimu ketika mengucapkan perkataan kafir itu? Apakah engkau mengucapkannya dengan kerelaan?' Amar menjawab 'Tidak, ya Rasulullah.' Lalu turunlah ayat ini." Diriwayatkan pula dari Mujahid, dia berkata bahawa ayat ini turun menjelaskan sekelompok orang dari penduduk Mekah yang sudah beriman kepada Rasulullah saw. Sebahagian sahabat yang sudah sampai di Madinah menyurati mereka untuk berhijrah dan keluar dari Mekkah. Namun tatkala mereka hendak menuju Madinah, kaum Quraisy mencegat di jalan. Mereka diseksa dan dipaksa untuk kufur kembali. Tentang mereka itulah ayat ini turun.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)