Al-Kahfi (18) : 10

Doanya:

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maknanya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.
Keterangannya: Allah s.w.t. telah menceritakan kisah Ashabul Kahf (penghuni gua) iaitu sekumpulan pemuda yang mencari kebenaran Allah dengan meninggalkan kaumnya, mendiami sebuah gua batu dan tidur di dalamnya bertahun-tahun. Mereka inilah yang berdoa semoga mereka beroleh petunjuk dan terlindung dari tindakan raja negara mereka yang kafir pada masa itu.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)