Al-Kahfi (18) : 93 (Blok: 83-98)
حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Jabir, Ibnu Abbas menjelaskan bahawa beberapa ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang Quraisy yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah mengenai seorang lelaki yang mengadakan pengembaraan sehingga ke Masyriq dan Maghrib dan peristiwa yang terjadi atas diri lelaki itu.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)