Al-Kahfi (18) : 109

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


ASBAB 1
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa setelah orang-orang Quraisy menceritakan jawapan pertanyaan mereka kepada Muhammad sebagaimana sebab turunnya Al-Isra ayat 85, orang-orang Yahudi mengatakan tentang dirinya "Kami dikurniai ilmu yang berlimpah dan diberi Taurat. Siapa yang diberi Taurat akan mendapat kebaikan yang banyak." Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa ilmu Allah tidak akan ada yang menandingi dan tidak akan habis dikaji.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)