Al-Baqarah (2) : 224

وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.


ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Juraij bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Abu Bakar yang bersumpah tidak akan memberikan suatu harta (nafkah) kepada Misthah. Menurutnya, Misthah sempat turut bersama kaum munafik dalam peristiwa haditsul ifki (berita bohong berkaitan dengan aisyah) berkenaan dengan itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)