Maryam (19) : 66
وَيَقُولُ الْإِنْسَانُ أَإِذَا مَا مِتُّ لَسَوْفَ أُخْرَجُ حَيًّا
Dan manusia (yang kafir) berkata: "Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?"
ASBAB 1
Ayat ini berkenaan dengan Ubay bin Khalaf atau Walid bin Al-Mughirah dan para pengikutnya yang ingkar terhadap hari Kebangkitan. Dia mengambil tulang-tulang yang berserakan dan rapuh lalu menghancurkannya dengan tangan seraya berkata "Muhammad mengatakan bahawa kita akan dibangkitkan setelah kita menjadi seperti tulang-belulang yang rapuh ini." Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)