Taahaa (20) : 2

مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.


TAFSIR 1
Juwaibir meriwayatkan dari Ad-Dhahak, ketika Allah menurunkan Al-Quran kepada rasul-Nya, Rasulullah dan para sahabat bersama-sama mengamalkannya. Orang-orang musyrik dari bangsa Quraisy mencemuh bahawa Allah menurunkan Al-Quran ini kepada Muhammad hanya agar dia menjadi susah. Maka Allah menurunkan firman-Nya (Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah). Padahal duduk perkara yang sebenarnya bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh orang-orang yang tidak percaya kepada Al-Quran. Akan tetapi barang siapa yang diberi ilmu oleh Allah maka sungguh sebenarnya Allah menghendaki bagi orang tersebut kebaikan yang banyak seperti sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Muawiyah r.a sebagai berikut. "Bila Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang maka Allah akan menjadikannya pandai dalam agama." (HR Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan dari Mujahid, ayat ini semakna dengan firman Allah berikut. (Kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari AI-Quran) (QS Al-Muzzammil, 73: 20). Sebelumnya, mereka menggantungkan tali pada dada mereka ketika mengerjakan solatnya agar tidak mengantuk. Mengenai firman Allah (Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah). Qatadah menyatakan bahawa, "Tidak. Demi Allah, Dia tidak menjadikan Al-Quran sebagai penyusah tetapi Allah menjadikannya sebagai rahmat, cahaya dan petunjuk untuk ke syurga."
Rujukan: 1999: 667 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Maksud ayat ini adalah Allah swt berfirman "Wahai rasul, tidaklah Kami menurunkan Al-Quran untuk membuatmu susah dengan membebanimu beban yang tidak sanggup kamu pikul." Ada yang mengatakan bahawa sebab turunnya ayat ini kerana beban berat yang dialami rasul ketika solat malam kerana harus begadang sepanjang malam. Demikian diriwayatkan dari Mujahid. Dari Qatadah bahawa maksud (Tidak membuatmu susah) iaitu Allah swt tidak menjadikan AI-Quran sebagai beban tetapi sebagai rahmat dan cahaya serta petunjuk ke syurga.
Rujukan: 2001: 8-10 (Tafsir al-Tabari)