Al-Baqarah (2) : 238

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.


HADISNYA
Zaid bin Arqam berkata "Salah seorang di antara kami biasa bercakap-cakap dengan temannya di dalam solat sampai turun ayat "Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah) solat wustha. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk. Lalu kami diperintahkan diam."
No Hadis: 619
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)