Al-Baqarah (2) : 238

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.


TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah swt menyerukan hamba-Nya agar menunaikan solat sesuai dengan ketentuan syariat. Diriwayatkan, Ibnu Mas'ud bertanya kepada Rasulullah saw tentang amal perbuatan yang paling utama di sisi Allah swt. Rasulullah menjawab secara berurutan bahawa amal-amal yang paling utama di sisi Allah swt adalah solat pada waktunya, jihad di jalan Allah swt dan berbuat baik kepada kedua orang tua. Menurut jumhur ulama maksud wustha adalah solat asar. Dari Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. "Mereka membuat kita tidak bisa melakukan solat asar. Semoga Allah swt memenuhi hati dan rumah mereka dengan api neraka. " Rasulullah saw dan para sahabat lalu menunaikan solat asar secara qadha antara waktu magrib dan isya. (HR aukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa- i) hadis ini menjelaskan maksud solat wustha adalah solat asar. Kerana situasi yang tidak memungkinkan, Rasulullah saw melakukan solat asar di antara waktu maghrib dan isya. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda sebagai berikut "Solat wustha adalah solat asar?. Dalam ayat (Dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk) Allah swt menyerukan kepada hamba-Nya agar menunaikan solat dengan khusyuk dan memusatkan perhatian kepada Allah swt. Ini mengandungi pengertian bahawa berbicara ketika solat dilarang. Ahmad bin Hambal meriwayatkan dari Zaid bin Arqam bahawa ayat ini turun ketika ada seorang sahabat berbicara ketika sedang solat. (HR Bukhari dan Muslim)
Rujukan: 1999: 138-139 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Yang dimaksud solat wustha adalah solat asar. Diriwayatkan dari Abu Basrah Al-Ghifari ia berkata, "Rasulullah mengimami kami pada solat asar. Ketika selesai solat, Rasulullah bersabda, ?Sesungguhnya solat ini difardukan pada umat sebelum kamu. Mereka lalai dalam mengerjakannya dan mereka meninggalkannya. Barang siapa di antara kamu melaksanakan solat asar, maka pahalanya akan dilipat gandakan menjadi dua kali lipat. Tidak ada solat setelahnya sampai terlihat bintang. Solat ini disebut "Wustha" kerana ia berada di pertengahan solat wajib yang lima, terletak di antara ada dua solat sebelumnya dan dua solat setelahnya.'" Penggalan ayat (Dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk) Khusuk/Qunut disini bermakna taat. Kerana makna asal qunut adalah taat. Ketaatan kepada Allah dalam solat adalah dengan Cara diam, tidak berbicara yang telah dilarang oleh Allah di dalam Solat. Simpulan tafsir ayat itu adalah peliharalah oleh kamu solat-solat wajib dan solat asar dan berdirilah di dalam solat kerana Allah dengan taat, iaitu dengan tidak berbicara dan perbuatan lain yang sema makna dengan berbicara di dalam solat kecuali membaca Al-Quran atau zikir kepada Allah dengan zikir yang pantas bagi-Nya atau berdoa kepada-Nya bukan dengan maksiat kepada-Nya. Iaitu dengan mengabaikan dan mengurangi aturan-aturan solat yang diwajibkan atas kamu atau kewajiban-kewajiban lainnya.
Rujukan: 2001: 342-384 (Tafsir al-Tabari)