Al-Baqarah (2) : 243 (Blok: 238-245)
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
ASBAB 1
238: Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Mujahid dia berkata, ?Ada beberapa oarng yang mendirikan solat sambil berbicara, bahkan ada yang memerintahkan yang lain berada disebelahnya untuk melakukan sesuatu.? Lalu turunlah ayat ini. Zaid bin Tsabit juga mengatakan bahawa pernah Rasulullah saw solat zuhur disuatu tempat bernama Hujair. Namun jemaah yang ikut solat bersamanya hanya satu atau dua baris, sedangkan orang-orang lain disekitarnya sibuk dengan teriakan jual-beli mereka. Lalu Allah menurunkan ayat ini. 245: Diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa ketika turun ayat 261 dari surah Al-Baqarah yang berkenaan dengan sedekah, Rasulullah saw berdoa, ?Ya Allah, anugerahkan kepada umatku tambahan kurnia-Mu.? Kemudian turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)