Al-Hajj (22) : 10 (Blok: 8-11)

ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".

Al-Hajj (22) : 10 (Blok: 8-10)

ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".


TAFSIR 1
Di dalam ayat ini sifat para pemimpin orang-orang kafir. Maksud dari potongan ayat (Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang memberi penerangan) adalah mereka saling berbantahan tanpa didasari akal sihat ataupun dalil sahih. Mereka hanya mendasarkan pendapat mereka atas hawa nafsu dan akal fikiran tak sihat. Ibnu Abbas dan beberapa ulama yang lain mentafsirkan erti lafaz (Sambil memalingkan Iambungnya (dengan sombong)) dengan mengatakan bahawa mereka terlalu sombong mengakui ajakan orang Iain yang lebih baik. Adapun Qatadah, Mujahid dan Malik mengutip perkataan Zaid bin Aslam mentafsirkan erti Iafaz itu bahawa mereka membusungkan dada demi berpaling dari ajakan yang ditujukan kepada mereka, mereka menganggap diri mereka lebih baik daripada orang yang mengajak mereka. Firman Allah (Untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah) barangkali maksudnya adalah orang-orang yang memalingkan wajahnya (kerana sombong) termasuk orang-orang yang mengingkari ajaran Allah atau barangkali maksudnya adalah orang-orang itu memang diciptakan di antara orang-orang yang sesat dari jalan Allah. Maksud dari potongan ayat (Dia mendapat kehinaan di dunia) adalah bahawa orang-orang yang berbantahan tanpa ilmu itu akan hidup dengan hina dina selama di dunia, sebagaimana jika mereka menyombongkan diri dari ayat-ayat Allah maka akan menemui Allah dalam keadaan tercela dan bahkan bisa jadi juga memperoleh seksa setimpal dari-Nya sebelum tiba hari akhirat. Firman Allah (Dan pada hari Kiamat Kami berikan kepadanya rasa azab neraka yang membakar. (Akan dikatakan kepadanya) ltu kerana perbuatan yang dilakukan dahulu oleh kedua tanganmu) merupakan sindiran tajam untuk mereka kemudian dilanjutkan dengan firman-Nya (Dan Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya) yang sama ertinya dengan ayat-ayat-Nya.
Rujukan: 1999: 707 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Setelah menyajikan keadaan orang-orang yang sesat, bertaklid dan mengikuti orang-orang yang kafir dan berbuat kemaksiatan, dalam rangkaian ayat-ayat ini (8-10) Allah menceritakan keadaan para penyeru kesesatan di antara orang-orang kafir dan para pelaku bid?ah. Sedangkan pada ayat 8 dijelaskan tentang orang yang membantah tanpa akal sihat dan tanpa rujukan yang jelas iaitu membantah tentang bertauhid terhadap Allah dan pengakuan terhadap uluhiyyah-Nya tanpa pengetahuan tentang apa yang dibantahnya tanpa bukti atas apa yang dikatakannya dan tanpa wahyu dari Allah yang menerangi hujjahnya. Tetapi dia mengatakan kejahilannya itu berdasarkan prasangka saja. Intinya, dia membantah tanpa didasarkan atas akal sihat dan rujukan yang jelas tetapi hanya mengikuti pendapat dan hawa nafsu. Pada ayat selanjutnya, Allah menjelaskan akibat perbuatan orang yang membantah itu dan seksaan yang disediakan untuknya di dunia dan akhirat.
Rujukan: 2001: 468 (Tafsir al-Tabari)