Al-Baqarah (2) : 256

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


ASBAB 1
Berdasarkan riwayat Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Hiban dari Ibnu Abbas r.a, diceritakan bahawa ada seorang perempuan yang bertekad dan berjanji atas dirinya jika dia mempunyai anak yang terus hidup, anaknya akan dijadikan Yahudi. Tatkala Yahudi Bani Nadhir diusir dari Madinah, ternyata anak itu ada diantara mereka, Kaum Anshar pun berkata "Kami tidak akan membiarkan anak-anak kami bersama mereka" Kemudian turunlah ayat ini. Ada keterangan lain menyebutkan dari Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas diceritakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan seorang sahabat yang bernama Al-Hushain yang bermaksud memaksa anak-anaknya yang masih menganut Nasrani untuk masuk kepada agama Muhammad saw. Akan tetapi mereka menolaknya. Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)