Al-Mu’minun (23) : 66 (Blok: 66-67)
قَدْ كَانَتْ آيَاتِي تُتْلَى عَلَيْكُمْ فَكُنْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ تَنْكِصُونَ
(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang -
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair bahawasanya kebiasaan kaum kafir Quraisy adalah bercengkerama dan begadang di sekeliling Kaabah. Mereka tidak beribadah tetapi hanya menongkrong sambil berbangga dengan apa yang mereka perbuat itu. Maka dari itu, Allah menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)