Al-Baqarah (2) : 271

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.


ASBAB 1
Dari Amir Asy-Sya?bi, pada suatu waktu Umar bin Khathab menyedekahkan separuh dari harta kekayaannya kepada Rasulullah untuk keperluan agama, Rasulullah bertanya kepadanya "Apakah kamu memikirkan anak keturunanmu yang datang kemudian, wahai Umar!" la menjawab "Aku menyisihkan setengah dari harta kekayaanku untuk mereka". Tapi kemudian Abu Bakar secara diam-diam telah menyedekahkan seluruh hartanya kepada Rasulullah untuk kepentingan agama, Rasulullah pun menanyakan hal yang sama kepadanya, Abu Bakar menjawab "Yang akan mencukupi keluargaku adalah Allah dan RasuI-Nya." Mendengar jawaban Abu Bakar, Umar menangis dan berkata "Demi Allah! setiap aku berbuat kebajikan selalu saja kamu tandingi, wahai Abu Bakar!" Ayat ini pada dasarnya memuji Umar yang bersedekah secara terang-terangan agar dicontoh orang lain, juga memuji Abu Bakar yang bersedekah secara rahsia dan kedua perbuatan itu patut dicontoh.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)