Al-Furqaan (25) : 10

تَبَارَكَ الَّذِي إِنْ شَاءَ جَعَلَ لَكَ خَيْرًا مِنْ ذَلِكَ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَيَجْعَلْ لَكَ قُصُورًا

Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).


ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir bahawasannya ayat ini turun ketika para pemuka Quraisy seperti Abu Sufyan dan Nadhr bin Al-Harits, menawarkan harta, kekuasaan dan kedudukan kepada Rasulullah agar beliau menghentikan dakwah tetapi beliau menolaknya. Sebagai peneguh hati Rasulullah dan pujian atas ketetapan Rasulullah. Lalu Allah menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)