Al-Furqaan (25) : 27
Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
TAFSIR 1
Allah mengabarkan tentang penyesalan orang zalim yang memisahkan diri dari jalan Rasulullah saw dan kebenaran nyata dari Sisi Allah yang tidak dapat dipertikaikan. Orang kafir bukannya menempuh jalan Rasulullah, melainkan dia menempuh jalan lain selain jalan beliau. Pada hari kiamat dia akan menyesali perbuatannya itu tetapi malangnya penyesalan itu sudah tidak bererti lagi. Dia hanya bisa menggigit dua jarinya dengan penuh penyesalan dan dukacita. Sama saja apakah sebab turun ayat ini pada Uqbah bin Muith mahupun orang sengsara yang lain, ayat tersebut mencakup seluruh orang zalim, sebagaimana disebutkan firman Allah sebagai berikut. (Pada hari (ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata 'Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada rasul.' Dan mereka berkata, 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).) (QS Al-Ahzab 33: 66-67) Maka setiap orang zalim pada hari kia mat akan menyesal sejadi-jadinya dan menggigit dua jarinya (menyesali perbuatannya) seraya berkata (Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama rasul. Wahai celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab (ku)) iaitu orang yang memalingkannya dari kebenaran dan menunjukannya pada jalan kesesatan di antara para penyeru kesesatan, baik Umayyah bin Khalaf mahupun saudaranya yang bernama Ubay bin Khalaf dan yang lainnya.
Rujukan: 1999: 768 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada ayat-ayat sebelumnya, Allah menjelaskan bahawa kaum musyrik meminta penurunan para malaikat. Pada rangkaian ayat-ayat ini (25-29), Allah menerangkan bahawa para malaikat itu turun ketika alam dunia ini berakhir, struktur kosmos, Bumi dan langit rosak serta manusia dibangkitkan dari kubur untuk dihadapkan ke mahkamah Allah dan dihisab. Ketika itu, orang kafir menggigit kedua tangannya seraya menyesali perbuatannya yang telah Ialu dan berangan-angan sekiranya di dunia dahulu dia mentaati apa yang diperintahkan dan dilarang oleh rasul serta tidak mentaati syaitan dari jenis manusia mahupun jin yang telah menyesatkan jalannya dan tidak menolongnya untuk mengantarkannya ke jalan yang benar. Sedangkan pada ayat ini ditegaskan penyesalan dan kerugian besar yang dialami kaum musyrik pada hari ini iaitu orang musyrik menggigit kedua tangannya, menyesali kelalaiannya terhadap hak Allah dan berpalingnya dari kebenaran nyata yang dibawa oleh rasuI-Nya, seraya berkata "Oh, sekiranya dahulu aku berjalan bersama rasul menuju keselamatan dan tidak menyimpang ke jalan tersesat."
Rujukan: 2001: 439-440 (Tafsir al-Tabari)