Al-Furqaan (25) : 74
Doanya:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maknanya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Keterangannya: Di antara ciri-ciri Ibadur-Rahman itu lagi ialah mereka sentiasa berdoa semoga anak-isteri dan keturunan mereka tetap di dalam iman dan beramal Soleh, dan supaya diri mereka dikurniakan ilmu yang luas dan diberi petunjuk untuk mengerjakan kebajikan sehingga menjadi suri teladan bagi mereka yang bertaqwa.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)