Asy-Syu’araa (26) : 80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;


TAFSIR 1
Maksud ayat (Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku) iaitu bahawa Allah swt adalah Zat penyembuh atas semua penyakit yang menimpa makhIuk-Nya. Kerana semua penyakit datangnya dari Allah swt, ubatnya pun datangnya dari Allah swt pula. Selain itu, Allah swt juga Zat yang mematikan seluruh makhluk-Nya dan kemudian menghidupkan-Nya. Allah swt pula Zat yang memberikan ampunan atas semua kesalahan hamba-Nya pada suatu masa ketika tidak ada ampunan kecuali dari-Nya. Ini semua menunjukkan kemahakuasaan Allah swt atas semua yang terjadi di dunia. Ini pula yang disitir dalam ayat lain sebagai berikut. (Tunjukilah kami jalan yang lurus) (QS Al-Fatihah, 1: 6) (Dan sesungguhnya kami (jin) tidak mengetahui (adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki orang yang di Bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan (QS Al-Jinn, 72: 10).
Rujukan: 1999: 781 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Pada permulaan surah ini (Asy-Syu'ara) telah diketengahkan, betapa dalam kesedihan Nabi saw kerana kaumnya kafir dan tidak mahu memenuhi dakwahnya. Kemudian disajikan kisah Musa dengan harapan di situ terdapat penawar hati bagi beliau dan agar mengetahui bahawa beliau bukan rasul yang pertama-tama disakiti, bukan pula kaumnya umat yang pertama-tama menentang dan sombong kepada rasulnya. Sesudah itu, pada rangkaian ayat-ayat ini (69-77) Allah menyajikan kisah Ibrahim, bapa para nabi, agar beliau mengetahui bahawa kesedihannya kerana kekafiran kaumnya lebih mendalam dan penderitaannya lebih berat. Sudah banyak hujjah yang dikemukakan kepada mereka sehingga memojokkan mereka tetapi semua itu sama sekali tidak berguna bagi mereka. Selanjutnya, pada rangkaian ayat-ayat ini (78-82) dijelaskan beberapa sifat Tuhan alam semesta yang diterangkan oleh Ibrahim, antara lain: "Dialah yang memberikan nikmat berupa kesembuhan jika aku sakit". Penyandaran sakit kepada dirinya, sekalipun ia terjadi dengan kekuasaan Tuhannya, menunjukkan kesopanan terhadap Tuhannya. Ertinya, "Apabila aku sakit, maka tidak seorang pun selain Dia kuasa menyembuhkanku dengan cara apapun".
Rujukan: 2001: 592 (Tafsir al-Tabari)