Ali-Imran (3) : 16
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
HADISNYA
Hadis riwayat Abu Bakar r.a, bahawasannya dia pernah berkata kepada Rasulullah saw 'Ajarkanlah kepadaku suatu doa yang akan aku baca dalam solatku." Beliau bersabda "Bacalah! Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, suatu penganiayaan yang cukup besar menurut Qutaibah penganiayaan yang banyak dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau. Berikanlah kepadaku ampunan dari sisi-Mu dan kasihanilah aku kerana sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih."
No Hadis: 4876
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)