Asy-Syu’araa (26) : 183

وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.


TAFSIR 1
Allah swt memerintahkan kepada hamba-Nya agar sentiasa berbuat adil. Keadilan tersebut salah satunya dilakukan pada transaksi antara kedua belah pihak atau lebih. Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah swt memerintahkan kita agar menakar sesuatu secara tepat dan tidak melakukan pengurangan dalam bentuk apa pun. Begitu juga ketika menimbang barang. Inilah yang ditegaskan pada ayat sebelumnya. Maksud ayat (Dan janganlah kamu merugikan manusia dengan mengurangi hak-haknya) adalah Allah swt mengecam hamba-Nya yang melakukan sesuatu yang dapat merugikan orang Iain, misalnya dengan mengurangi takaran. Fenomena ini banyak terjadi dalam kehidupan masyarakat. Hal ini dengan tegas dilarang oleh Allah swt kerana mengambil hak orang lain secara tidak sah. Maksud ayat (Dan janganlah membuat kerosakan di Bumi) iaitu mengandungi makna bahawa manusia dilarang melakukan kerompakkan atau tindakan-tindakan yang bermotif merampas hak orang lain secara paksa. Hal ini senada dengan ayat lain sebagai berikut. (Dan janganlah kamu duduk di setiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang-orang yang beriman dari jalan Allah dan ingin membelokkannya. Ingatlah ketika kamu dahulunya sedikit lalu Allah memperbanyak jumlah kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan) (QS Al-A'raf, 7: 86).
Rujukan: 1999: 787 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Pada rangkaian ayat-ayat ini (176-191) Allah menyajikan kisah tentang Syuaib bersama kaumnya, penduduk Madyan. Allah telah mengutusnya kepada mereka Ialu dia menasihati mereka agar menyempurnakan takaran dan timbangan serta tidak mengadakan kerosakan di muka Bumi namun mereka mendustakannya. Maka Allah menimpakan panas yang sangat kepada mereka Ialu mereka memasuki lubang-lubang tetapi suhu di situ lebih panas dibandingkan di tempat-tempat lainnya lalu mereka keluar. Kemudian, Allah memayungkan awan kepada mereka Ialu mereka berkumpul di bawahnya. Ketika itu, Allah menghujani mereka dengan api sehingga mereka terbakar semua. Pada ayat ini dijelaskan larangan Syuaib kepada mereka agar tidak merugikan segala hak umum, juga larangan melakukan kejahatan yang bahayanya sangat besar iaitu mengadakan kerosakan di muka Bumi dengan segala bentuknya.
Rujukan: 2001: 634 (Tafsir al-Tabari)