Al-Qasas (28) : 21

Doanya:

رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maknanya: Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.
Keterangannya: Doa ini dari nabi Musa a.s. yang bersembunyi keluar dari Mesir, kerana telah melakukan pembunuhan tidak sengaja (dengan cuma menumbuk). Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang yang zalim itu ialah kaum Firaun yang mahu menangkap dan menghukum baginda di atas perbuatan yang bukan disengajakan itu.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)