Al-Qasas (28) : 39

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ

Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.


TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan betapa Firaun sangat sesat dan menderhakai-Nya tanpa malu. Firaun membuat-buat ajaran tersendiri dengan mengatakan bahawa Firaun tuhan yang patut disembah. Hal itu sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang lain (Maka (Firaun) dengan perkataan itu telah memengaruhi kaumnya sehingga mereka patuh kepadanya. Sungguh mereka adalah kaum yang fasik) (QS Az-Zukhruf, 43: 54) Hal itu kerana Firaun memerintahkan rakyatnya untuk menyembahnya layaknya tuhan. Ironisnya, rakyatnya mahu mengikuti ajaran sesatnya itu kerana memang mereka tidak menggunakan akal sihat mereka. Allah lalu berfirman dalam ayat-Nya yang lain (Kemudian dia (Firaun) mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru (memanggil kaumnya). (Seraya) berkata 'Akulah tuhanmu yang paling tinggi.' Maka Allah menghukumnya dengan azab di akhirat dan seksaan di dunia. Sungguh pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada (QS An-Nazi'at, 79: 23-26) Maksudnya adalah Firaun mengumpulkan rakyatnya dan menyeru di hadapan mereka dengan suaranya yang keras bahawa ia adalah tuhan yang wajib disembah. Rakyatnya pun mendengarkan dengan sama dan mematuhi seruannya itu. Kerana itu, Allah kemudian mendatangkan untuk meluruskan ajaran itu. Allah berfirman (Dia (Firaun) berkata ?Sungguh jika engkau menyembah Tuhan selain aku, pasti aku masukkan engkau ke dalam penjara?) (QS Asy-Syu'ara, 26: 29) Maksud dari firman Allah (Dan dia (Firaun) dan bala tentaranya berlaku sombong di Bumi tanpa alasan yang benar dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami) adalah bahawa Firaun dan pengikutnya bertindak angkuh dan melakukan berbagai kerosakan selama di dunia. Mereka meyakini bahawa sesungguhnya hari akhir dan hari pembalasan itu tidak akan ada. Allah berfirman dalam ayat-Nya yang lain (Lalu mereka banyak berbuat kerosakan dalam negeri itu kerana itu Tuhanmu menimpakan cemeti azab kepada mereka) (QS Al-Fajr, 89: 12-13) Oleh kerana itu, Allah seksa dia (Firaun) dan bala tentaranya dengan di lemparkan ke dalam laut, Allah tenggelamkan Firaun dan seluruh pengikutnya ke dalam laut, tidak ada yang tersisa satu pun dari mereka.
Rujukan: 1999: 812 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Allah swt menegaskan "Dan Firaun berikut bala tentaranya berlaku angkuh di negeri Mesir dengan mendustakan Musa dan tidak mengikutinya atas apa yang diserukan olehnya kepada mereka untuk mengesakan Allah swt dan berikrar menyembah-Nya (Tanpa alasan yang benar) yakni membangkang dan bersikap angkuh terhadap Tuhan mereka. Firman Allah swt (Dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami) Allah swt menegaskan, mereka mengira bahawa mereka setelah kematiannya tidak akan dibangkitkan kembali, tidak ada pahala mahupun seksaan. Mereka menggunakan hawa nafsu mereka dan tidak mengakui bahawa Allah swt adalah tempat kembali mereka sekaligus pembalas setiap amal perbuatan keji mereka.
Rujukan: 2001: 256 (Tafsir al-Tabari)