Al-Qasas (28) : 52

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُونَ

Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.


ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Jarir dari Ali bin Rifa'at, ia berkata bahawa ada sepuluh orang dari Ahli Kitab, di antara mereka ada Rifa'at, keluar menemui Rasulullah saw Mereka menyatakan keimanan mereka, tetapi kemudian mereka disakiti kaumnya. Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)