Al-Qasas (28) : 85

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ مَنْ جَاءَ بِالْهُدَى وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata ".


ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari Ad-Dhahhak, ia berkata bahawa ketika Rasulullah meninggalkan Mekkah lalu sesampainya di Juhfah, perasaan rindu Rasulullah pada Mekkah semakin besar. Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa Allah akan mengembalikan beliau ke Mekkah.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)