Ar-Rum (30) : 17

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.


TAFSIR 1
Tasbih tersebut merupakan tasbih dari Allah swt kepada Zat Allah yang Maha Suci dan sebagai imbauan kepada hamba-hamba-Nya untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah dalam waktu-waktu yang ditentukan di atas yang menunjukkan pada kesempurnaan kekuasaan Allah dan keagungan kerajaan Allah di langit. Waktu-waktu yang dimaksud adalah antara lain ketika hendak memasuki malam (maghrib) dan ketika malam hendak memasuki siang hari (subuh). Allah kemudian berfirman (Dan segala puji bagi-Nya di langit, di Bumi) yakni Allahlah yang dipuji atas apa yang telah Dia ciptakan di langit dan di Bumi. Allah Ialu berfirman (Pada malam hari dan pada waktu zuhur (tengah hari)) Maha Suci Allah yang telah menciptakan ini dan itu, Zat yang menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat. Hal itu sebagaimana ditegaskan di dalam firman Allah (Demi siang apabila menampakkannya, demi malam apabila menutupinya (gelap gelita) (QS Asy-Syams, 91: 3-4). Terdapat banyak ayat lagi yang senada dengan ayat-ayat di atas ini. Thabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda "Barang siapa yang membaca, (Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan pada pagi hari (waktu subuh) dan segala puji bagi-Nya di langit, di Bumi, pada malam hari dan pada waktu zuhur (tengah hari). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan Bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur) pada pagi hari, la akan mendapatkan pahala kebaikan yang tidak sempat ia lakukan pada hari itu dan barang siapa yang mengucapkannya pada petang hari, ia akan mendapatkan pahala kebaikan yang tidak sempat ia lakukan pada malam itu." (HR Abu Dawud, sanad hadis ini jayyid).
Rujukan: 1999: 836 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Allah swt seolah menegaskan "Maka bertasbihlah kalian, wahai umat manusia atau solatlah kalian ketika petang hari iaitu waktu solat maghrib dan juga ketika pagi hari tiba iaitu solat subuh." Ibnu Waki meriwayatkan, ia berkata "Ayahku meriwayatkan dari Sufyan dari 'Ashim dari Abu Razin, ia berkata bahawa Nafi' bin Al-Azraq bertanya kepada Ibnu Abbas 'Apakah Anda mendapatkan dalil waktu-waktu solat lima waktu dalam Kitabullah?' Beliau menjawab 'Ya. Solat maghrib (Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari) solat subuh (Dan waktu kamu berada di waktu subuh) solat ashar (Di waktu kamu berada pada petang hari (QS Ar-Rum, 30: 18) solat zuhur (Dan di waktu kamu berada di waktu zuhur (QS Ar-Rum, 30: 18)) solat isyak (Sesudah sembahyang Isyak. (ltulah) tiga aurat bagi kamu) (QS An-Nur, 24: 58)
Rujukan: 2001: 473-476 (Tafsir al-Tabari)