Al-Ahzab (33) : 40
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ASBAB 1
Imam At-Tirmizi meriwayatkan, dari Aisyah bahawa ketika Rasulullah menikahi Zainab binti Jahsy, orang-orang berkomentar "Muhammad menikah dengan mantan isteri anaknya, Zaid." Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa Zaid bin Haritsah bukanlah anak Rasulullah.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)