Al-Ahzab (33) : 40

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


TAFSIR 1
Setelah turun ayat ini, Allah melarang mengatakan Zaid bin Muhammad, yakni beliau bukanlah bapanya walaupun beliau pernah menjadi ayah angkat kerana Rasulullah tidak memiliki anak lelaki yang hidup sampai umur dewasa (baligh). Rasulullah memiliki anak lelaki seperti Qasim, Thayyib, Thahir dari Khadijah r.a tetapi meninggal pada waktu kecil, juga ada Ibrahim dari Mariyah Al-Qibthiyah, ia meninggal ketika belum disapih. Bersama Khadijah, beliau memiliki empat puteri iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fatimah r.a. Tiga orang dari mereka meninggal pada saat Rasulullah masih hidup sedangkan Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah beliau wafat. Allah berfirman (Tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." senada dengan firman Allah sebagai berikut. "Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan-Nya) (QS Al-An'am, 6: 124) Ayat ini dalil yang menunjukkan bahawa tidak ada lagi nabi setelah beliau. Kalau tidak ada nabi setelah beliau, secara automatis juga tidak ada rasul. Hal itu kerana maqam kerasulan lebih khusus daripada maqam kenabian sebab setiap rasul adalah nabi dan tidak sebaliknya. Oleh kerana itu, banyak hadis mutawatir dari Rasulullah yang berbicang tentang masalah itu.
Rujukan: 1999: 868-869 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Allah memberitahukan kepada manusia bahawa Muhammad bukanlah ayah dari Zaid bin Haritsah dan bukan pula ayah dari salah seorang di antara kalian yang dilahirkan (keturunan) beliau. Maka diharamkan bagi Muhammad untuk menikahi isteri Zaid bin Haritsah setelah ia bercerai darinya. Akan tetapi Muhammad adalah Rasulullah (utusan Allah) dan penutup para nabi. Tidak ada seorang pun yang menjadi seorang nabi sehingga hari kiamat. Kerana itu, beliau diperbolehkan menikahi isteri dari Zaid bin Haritsah. Allah Maha Mengetahui segala yang kalian lakukan dan semua yang kalian katakan, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi-Nya. Diriwayatkan dari Ali Bin Husain mengenai ayat ini. la berkata bahawa ayat ini mengenai Zaid bin Haritsah. (Ibnu Asakir, 355-356).
Rujukan: 2001: 121-122 (Tafsir al-Tabari)