Saba’ (34) : 34

وَمَا أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ

Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir, ada dua orang yang berteman dalam perdagangan, yang satu berada di Syam dan yang lain di Mekkah. Yang di Syam mendapatkan berita bahawa telah datang seorang nabi di Mekkah. Kemudian ia berkirim surat dengan sahabatnya di Mekkah. Lalu ia mendapat berita bahawa orang-orang Quraisy tidak ada yang mengikutinya kecuali dari kalangan orang-orang yang lemah lagi miskin. Mendengar hal itu, ia pergi ke Mekkah untuk bertemu dengan nabi kerana ia yakin bahawa apa yang dibacanya dalam kitab-kitab yang ada menunjukkan bahawa nabi itu adalah yang dimaksudkan. Setelah bertemu dengan Rasulullah, ia bertanya kepada beliau "Apa yang engkau serukan?" Rasulullah menjawab, "Aku berseru untuk bertauhid kepada Allah swt" Lalu ia menjawab "Aku bersaksi bahawa engkau adalah utusan Allah" Rasulullah saw bertanya kembali "Apa yang membuatmu demikian?" la menjawab "Tidak akan diutus seorang nabi kecuali pengikutnya adalah orang-orang yang lemah lagi miskin (dan orang-orang kaya enggan mengikutimu)." Maka dari itu, turunlah ayat ini yang membenarkan apa yang diyakininya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)