Faatir (35) : 35

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, ayat ini turun ketika Rasulullah ditanya oleh seseorang tentang tidur dan istirehat di dalam syurga. Orang tersebut berkata "Wahai Rasulullah, tidur adalah nikmat Allah, lalu apakah di syurga kita juga tidur?" Beliau menjawab, "Di syurga tidak ada tidur kerana tidur kawannya kematian dan di syurga tidak ada kematian. Di syurga, tidak ada kepenatan. Semua urusan mereka menyenangkan." Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)