Faatir (35) : 35

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".

Faatir (35) : 35 (Blok: 34-35)

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".


TAFSIR 1
Maksud perkataan orang mukmin dalam firman Allah (Yang dengan kurnia-Nya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga)) adalah kedudukan dan kehormatan yang diberikan kepada kami lantaran kurnia, anugerah dan rahmat Allah. Kerana amal kami tidak sebanding dengan kedudukan yang kami dapatkan, sebagaimana sabda Rasulullah saw sebagai berikut. "Amal salah seorang di antara kamu, tidak akan membuatnya masuk syurga." Para sahabat berkata "Tidak pula engkau wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Tidak pula aku tetapi Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepadaku." (HR Bukhari) Maksud firman Allah (Di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu) adalah di dalamnya kami tidak merasa letih dan tidak pula merasa lemah. Kata nasab (lelah) dan lugub (lesu) keduanya dipergunakan untuk menunjukkan erti kerja keras. Seolah-olah maksudnya adalah hal tersebut tidak berlaku pada mereka iaitu tidak ada kerja keras pada tubuh dan jiwa mereka. Hanya Allah yang lebih mengetahui kebenarannya. Oleh kerana itu, mereka beribadah dengan sungguh-sungguh selama di dunia sehingga mereka dapat terlepas dari tanggung jawab saat memasuki syurga. Mereka hidup dalam ketenangan yang abadi dan terus-menerus, Allah berfirman ((Kepada mereka dikatakan) 'Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu) (QS Al-Haqqah, 69: 24)
Rujukan: 1999: 898 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Allah swt memberitahukan mengenai perkataan orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga (Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami) iaitu Rabb kami yang memberikan kepada kami rumah ini iaitu syurga, disebut dengan (Tempat yang kekal) iaitu tempat menetap yang akan membuat seseorang tidak mahu berpindah darinya. Diriwayatkan dari Qatadah mengenai firman-Nya bahawa mereka menetap di dalamnya dan mereka tidak berpindah (As-Suyuthi, 254, 255). Keadaan mereka di dalam syurga tersebut adalah (Kami tidak merasa lelah) tidak menimpa kepada kami di dalam syurga rasa letih dan tidak pula rasa sakit. (Tidak pula merasa lesu) maksudnya adalah kepayahan dan kelemahan. Hal senada diriwayatkan oleh Ibnu Abbas mengenai firman-Nya iaitu kepayahan (As-Suyuthi, 254). Dan diriwayatkan dari Qatadah bahawa maksud firman-Nya adalah rasa sakit (As-Suyuthi, 254).
Rujukan: 2003: 380-381 (Tafsir al-Tabari)