Yaasin (36) : 77

أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Hakim dari Ibnu Abbas bahwasannya ada seseorang dari kaum musyrik, Al-Ash bin Wa'il, menghadap Rasulullah sambil membawa tulang-tulang yang rapuh lalu berkata "Wahai Muhammad, bagaimana tulang-tulang yang sudah hancur ini akan dibangkitkan kembali?" Lalu beliau menjawab "Sungguh, Allah akan membangkitkannya (menghidupkannya) dan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam." oleh kerana itu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)