Yaasin (36) : 77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
TAFSIR 1
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa pada suatu ketika, Ash bin Wail mengambil tulang dari Batha lalu ia meremukkan tulang tersebut dengan tangannya kemudian ia berkata kepada Rasulullah saw sebagai berikut. "Apakah Allah akan menghidupkan tulang yang sudah bertebaran ini?" Rasulullah saw menjawab, "Ya, Allah akan mematikanmu kemudian menghidupkanmu kembali lalu memasukkan kamu ke neraka Jahanam. " (HR Ibnu Abi Hatim) Kemudian turunlan ayat-ayat terakhir dalam surah Yassin. Hal serupa ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Said bin Jubair. Huruf alif dan lam dalam firman Allah swt insanu menunjukkan jenis iaitu semua manusia yang mengingkari akan kebangkitan. Adapun maksud firman Allah (Bahawa Kami menciptakannya dari setitis mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata) adalah apakah orang-orang yang mengingkari hari kebangkitan itu tidak mendapat petunjuk dari proses awal penciptaan bahawa mereka akan dikembalikan lagi. Sesungguhnya Allah swt memulai penciptaan manusia dari setitis air hina, Dia menciptakan manusia dari sesuatu yang remeh, lemah lagi tercela. Makna ayat dalam surah Al-Insan adalah bahawa air mani tersebut berasal dari berbagai macam campuran. Maka Zat yang menciptakan manusia dari nutfah yang lemah ini, tentu mampu juga untuk mengembalikan mereka hidup setelah kematian mereka.
Rujukan: 1999: 912 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ulama berselisih pandang mengenai siapakah orang yang dimaksud di dalam ayat (Dan tidakkah manusia memperhatika) ini. Sebahagian di antara mereka berpendapat bahawa yang dimaksud adalah Ubay Bin Khalaf. Diriwayatkan oleh Mujahid bahawa yang dimaksud dalam ayat ini adalah Ubay bin Khalaf (Tafsir Mujahid, 561). Qatadah menceritakan kepada kami bahawa Ubay bin Khalaf datang kepada Rasulullah saw dengan membawa sebuah tulang. Kemudian ia meremukkannya dan menerbangkannya bersama angin. Kemudian ia berkata "Wahai Muhammad, siapakah yang akan menghidupkan ini, sedangkan ia telah remuk? Beliau berkata "Allah yang akan menghidupkannya kemudian Allah akan mematikanmu dan memasukkanmu ke dalam neraka." Qatadah berkata "Rasulullah membunuhnya pada saat peperangan Uhud." (HR Abdul Razak, 146). Sebahagian ulama berpendapat bahawa ia adalah Ash bin Wail As-Sahmiyyu. Diriwayatkan dari Said bin Jabir, ia berkata Ash bin Wail As-Sahmiyyu datang kepada Rasulullah dengan membawa tulang dan ia meremukkannya dengan kedua tangannya dan berkata, "Wahai Muhammad, apakah Allah akan membangkitkan ini dalam keadaan hidup setelah ia remuk?" Beliau berkata, "Allah akan membangkitkan ini kemudian Allah akan mematikanmu kemudian menghidupkanmu lagi kemudian memasukanmu ke dalam neraka Jahanam. Said berkata, maka turunlah ayat ini sampai akhir (HR Ibnu Abi Hatim). Maksud dari ayat tidakkah manusia memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitis mani) adalah apakah orang ini tidak memperhatikan bahawa sungguhnya kami menciptakan ia dari air mani dan menjadikannya dari air mani tersebut ciptaan yang sempurna. Maksud ayat (Ternyata dia menjadi musuh) ia adalah musuh kepada Tuhannya, ia menentang dan mempermasalahkan apa yang dikatakan oleh Tuhannya iaitu menghidupkan ciptaannya setelah kematian mereka. Perkataan "Siapakah yang akan menghidupkan ini setelah ia menjadi remuk?" merupakan bentuk penolakan atas kekuasaan yang dapat menghidupkannya kembali. (Yang nyata) iaitu bagi siapa sahaja yang mendengar perdebatan dan perkataan mengenai keraguannya kepada Allah yang dapat menghidupkan setelah mematikan maka sangat jelas bahawa ia adalah musuh Rabbnya yang menciptakannya.
Rujukan: 2003: 468 (Tafsir al-Tabari)