As-Saaffat (37) : 16 (Blok: 16-19)

أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?

As-Saaffat (37) : 16

أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?


TAFSIR 1
Firman Allah pada ayat keenam belas (Apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah benar kami akan dibangkitkan (kembali)? dan apakah nenek moyang kami yang telah terdahulu (akan dibangkitkan bermakna bahawa mereka mengingkari dan mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw tentang hari kebangkitan dengan bertanya kembali kepada Rasulullah. Pada ayat selanjutnya Allah berfirman mengungkapkan jawapan yang diberikan kepada mereka (Katakanlah (Muhammad) ?Ya dan kamu akan terhina?) Ayat tersebut bermakna bahawa Allah memerintahkan Rasulullah untuk menjawab kepada para orang kafir tersebut dengan jawaban, "Benar, kalian akan dibangkitkan pada hari kiamat setelah kalian mati dan telah menjadi debu dan tinggal tulang-belulang. Kelak kalian akan terhina di bawah kekuasaan Allah Yang Maha Besar. Hal ini seperti yang difirmankan Allah swt (Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri) (QS An-Nami, 27: 87) Allah swt juga berfirman (Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina) (QS Gafir, 40: 60) Pada ayat ke-19 AS-Saffat, Allah swt berfirman (Maka sesungguhnya kebangkitan itu hanya dengan satu teriakan saja maka seketika itu mereka melihatnya). Ayat tersebut bermakna bahawa hari kebangkitan dapat terjadi hanya dengan satu perintah dari Allah swt. Jika Allah memanggil umat manusia dengan satu panggilan, mereka pun keluar dari dalam tanah dan berdiri di hadapan Allah swt dan melihat huru-hara hari kiamat. Wallahu A'lam.
Rujukan: 1999: 914 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Orang-orang kafir Quraisy berkata kepada Nabi Muhammad ?Wahai Muhammad bahawa apa yang Engkau bawa hanyalah sebuah sihir belaka?. Kemudian mereka berkata ?Apabila Kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang-belulang, Apakah benar Kami akan dibangkitkan (kembali)?? Mereka mengatakan ini kerana mereka memungkiri akan adanya hari kebangkitan, apakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup dari kubur-kubur kami setelah kami mati. Sedangkan ketika di dalam kubur, kami menjadi tanah dan hanya berupa tulang-belulang dan daging yang menempel pun sirna.
Rujukan: 2003: 516 (Tafsir al-Tabari)