Ali-Imran (3) : 100
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
ASBAB 1
Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa ayat ini turun sebagai peringatan keras kepada orang-orang Yahudi yang mengadu domba di suatu majlis dan menebarkan kekacauan terhadap dua suku Arab, yakni Aus dan Khazraj sehingga mereka hampir saling berperang. Berita itu kemudian sampai kepada Rasulullah lalu beliau mendamaikannya. Mereka pun menaati beliau. Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)